Teori pembelajaran dan
pengajaran
Tugas utama seorang
pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk
memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran,
guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah
dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan
pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik
perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah
yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran
dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia
perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek,
ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti
mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan
teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara
(demonstrasi)
Simulasi atau kaedah
pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau
kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan
teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan
memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan
oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah
dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru
melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Kaedah projek yang
diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan
bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan.
Dari segi penggunaan
teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai
sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik
bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang
jelas dan berkesan.
Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu
dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak,
konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan
contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk
lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan
sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual,
lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment