Wednesday 13 June 2012


Ciri-ciri Guru yang Berkesan


Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji. Aspek keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan guru dan lainlain. Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru.
Antara ciri-cirinya adalah:

(a) Kecekapan Bidang

Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang
berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.

(b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar

Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar.

(c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran

Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.

(d) Enthusiasm

Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar.

(e) Susunan dan Kejelasan

Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Teori pembelajaran dan pengajaran

      Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

      Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

        Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

      Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.


Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek

      Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

    Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

     Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.

       Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Tuesday 12 June 2012

PENGAJARAN MAKRO


PENGAJARAN MAKRO

Definisi Makro

                  Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran, sekurang-kurangya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi  satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
Perkataan Mikro diambil dari bahasa ‘Greek’ yang bermakna kecil. Ini beerti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.


Objektif Pengajaran Makro

                   Di antara objektif-objektif pengajaran makro ialah ia menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih serta mempraktikkan suatu suasana sebenar apabila mengajar  dan juga ia akan memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar. Selain itu, ia bertujuan supaya memahami ciri-ciri perancangan pengajaran makro dan membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan seterusnya dapat mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.
     Di antara objektif lain ialah :
*  Memberi keyakinan kepada guru
*  Menguasai kemahiran mengajar
*  Mengenal pasti potensi guru
*  Mengenal pasti kelemahan guru
*  Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama


Situasi Pengajaran Makro

1) Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid
2) Murid sebenar
3) Guru pelatih, mengajar sepenuh masa
4) Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar
5) Situasi sebenar pengajaran
6) Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

Prinsip Pengajaran Makro
Antara prinsip pengajaran makro ialah:-

Objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.

Jumlah pelajar. Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.

Strategi pengajaran. Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

Jangkamasa Pengajaran. Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

Bahan pelajaran. Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.

Perbincangan dan refleksi. Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.

Aplikasi Pengajaran Makro. Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahiran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

            Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran iaitu bahagian persediaan, penyampaian dan bahagian peneguhan atau penutup. Guru harus menguasai ketiga-tiga komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan sebagai sebahagian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam menyediakan sesuatu persediaan mengajar yang baik, kriteria penilaian perlu diberi perhatian oleh guru. Seorang guru yang prihatin harus peka penentuan hasil daripada pengajaran dan pembelajarannya.

            Sebelum membuat rancangan harian, guru harus memastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh murid-murid. Guru juga haruslah merancang kaedah atau sumber yang sesuai bagi membantu melaksanakan penilaian kelak. Hasil pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan pastikan aras pembelajaran mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil pembelajaran dapat dinyatakan dengan tepat, eksplisit dan jelas . Guru harus memastikan set induksi bertepatan dengan objektif pelajaran, bermakna dan mengikut tahap murid-murid. Set Induksi juga berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.


Prosedur Pengajaran Makro
Perancangan

*  Kejayaan bergantung kepada perancangan yang rapi.
*  Komponen persediaan;- tarikh, masa, mata pelajaran, kelas, bilangan pelajar dan tajuk
*  Kemahiran:-nombor kemahiran isinya
*  Pengetahuan sedia ada
*  Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/efektif)
*  Sumber P&P
*  Penerapan Nilai murni
*  Penggabungjalinan kemahiran

  a.. Prosedur sebelum Pengajaran Makro dijalankan :

Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk menarik minat murid melalui proses kefahaman, kreativiti dan inovasi, mengaplikasikan pendekatan, kemahiran memilih dan sebagainya. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan dapat mewujudkan satu kondusif pembelajaran dalam mencungkil keupayaan murid membuat sumbangsaran, menyusun atur dan menyenarai topik yang dipelajari. Pendekatan yang sesuai juga akan dapat mengembangkan lagi pengetahuan sedia ada murid.
Kaedah dan teknik : Mata pelajaran Al Quran mengandungi tajuk-tajuk yang terdapat pula sub-sub tajuk seperti yang telah dibincangkan dalam nota grafik. Ini menjelaskan bahawa, guru perlu menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai untuk serta dapat diaplikasikan dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Kaedah dan teknik tersebut membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.


   b.   Prosedur semasa Pengajaran Makro dijalankan:

Pengaplikasian kaedah yang dipilih dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 
 
Secara ringkasnya setiap kaedah yang dipilih hendaklah dipastikan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor-faktor yang menunjukkan kepada keberkesanan tersebut adalah seperti berikut:
Ø  Menarik perhatian murid.
Ø  Mewujudkan motivasi.
Ø  Adanya perkembangan ilmu di dalam pengetahuan sedia ada murid.
Ø  Menyenaraikan, sumbangsaran, membanding beza dan berlakunya perubahan tingkahlaku murid.

c.   Prosedur selepas Pengajaran Makro dijalankan
Cadangan penambahbaikan dari segi pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik dan pelaksanaannya  dalam proses pengajaran dan pembelajaran

      Penilaian kendiri perlu dibuat setelah selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai satu refleksi berkenaan dengan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara penambahbaikan yang perlu ada ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajaranya. Penambahbaikan juga perlu dilihat kepada perkembangan murid dan penerimaan mereka berdasarkan kepada langkah-langkah pengajaran yang disusun secara berperingkat-peringkat.

Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.